Baru-baru ini harga minyak telah naik sebanyak 78 sen dari RM1.92 kepada RM2.70. Kenaikan entah keberapa kali. Rakyat Malaysia bising hingga tidak ada ruang yang kosong. Yang kosong hanyalah otak pemimpin kita yang hidup mewah berlenakan tilam pitis.
Oleh sebab keperihatinan UMNO/BN ,apabila harga minyak dunia mulai turun maka pemimpin yang adil dan prihatin tadi mula menurunkan harga minyak. Minyak dikurangkan sebanyak 15 sen dari RM2.70 kepada RM2.55 .
Untuk menunjukkan lagi keperihatinan Pemimpin UMNO/BN kepada rakyat...... dalam bajet 2009 , rakyat ...... yang menggunakan kurang RM 20.00 elektrik tidak payah membayarnya.
Kalau kita kira dan congak, katakan sebuah rumah menggunakan elektrik kurang RM20.00 maka sehari ia boleh berjimat antara RM 0.6666 jika bulan itu 30 hari. Kalau bulan itu 29 hari maka keuntungan itu akan bertambah sebanyak RM 0.0229 sehari . Tetapi jika bulan itu 31 hari maka keuntungan akan susut sebanyak RM 0.0215 .
Jika kita bandingkan harga minyak seliter kenaikannya ialah sebanyak RM 0.55 dan RM 0.6666 yang diperolehi oleh rakyat.....hasil potongan bil elektrik sehari.Rakyat... akan untung sebanyak RM 0.1166 sehari walau pun harga minyak naik. Maka UMNO/BN boleh dianggap adil dan prihatin terhadap rakyat........ .
Saya cadangkan UMNO/BN boleh gunakan data-data ini dalam ceramah-ceramah penerangan kepada rakyat ...mengenai bajet 2009 untuk menunjukkan keperihatinan dan keadilan UMNO/BN.
Rabu, 3 September 2008
Jumaat, 29 Ogos 2008
Adakah Peruntukan Sampai Kepada Para Petani
Bajet 2009
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Elauan pelaburan semula sebanyak 60peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah. Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.
Kita harap peruntukkan ini akan sampai kepada petani bukan kepada kroni.Kita tidak mahu perkara yang sama berulang apabila di beri baja (organik) kepada petani-petani kualiti baja itu telalu rendah. Musim lepas baja yang diberi mempunyai kandungan sampah sarap dan telah menjejaskan tanaman padi. Ada padi tidak keluar buah disebabkan kandungan di dalam baja itu. Kita tidak mahu pembekal di kalangan kroni-kroni untung besar dengan menipu kandungan dalam baja tersebut dan yang menjadi mangsa ialah petani-petani.Begitu juga racun dan baja yang di impot.Kalau nak naik cukup cepat. Tapi kalau nak turun punyalah lambat.Persatuan pengguna kena memantau memastikan harga diturunkan

Bil elektrik tidak payah bayar
ASSALAM..............Bajet 2009Betul cakap Putra RevolusiBil elektrik kurang dari RM 20.00 tak payah bayar. Siapa akan untung ?Tidak menguntungkan rakyat malaysia sekiranya ianya di potong dari bil.Cadangan ini akan menguntungkn rakyat asing yang tinggal di malaysia samaada mereka berada di kawasan setingan atau menyewa.Kebanyakan rakyat miskin yang berkeluarga ,penggunaan elektrik akan melebihi dari RM20.00 kecuali orang tua yang hidup bersendirian (tanpa keluarga).Setiap rumah orang miskin pasti ada lampu,periuk nasi,ceret,sterika,tv dan peti sejuk.
Penggunaan elektrik
P. sejuk 0.20 x 30 hari = RM 6.00
TV 0.10 x 30 hari = RM 3.00
Sterika 0.20 X 30 hari = RM 6.00
Ceret 0.10 X 30 hari = RM 3.00
P. Nasi 0.10 x 30 hari = RM 3.00
Lampu 0.10 X 30 hari = RM 3.00
Jumlah RM24.00
Hidup kita selalu kena tipu, dengan mereka yang selalu berbohong apa boleh buat nasibbbbbbbbbbbbb.

Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'
Aug 29, 08 4:22pm
Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.
Jumlah bajet
Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara. Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.
Jaringan keselamatan sosial
Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah. Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.Membasmi kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.
Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.
Cukai jalanCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Orang Kurang Upaya (OKU)Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.
Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Pembangunan Koridor PertumbuhanIskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.PelanconganKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.
Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
Kesihatan Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.
Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta. Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik. Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Nelayan dan petani
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah. Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Jumaat, 22 Ogos 2008
HARGA PADI TIDAK STABIL
BERNAS dan kilang swasta telah menetapkan harga padi mengikut kepentingan masing-masing.
Kenaikan harga minyak menyebabkan harga beras melonjak naik namun petani-petani tidak dapat menikmati kenaikannya. Petani-petani menjadi mangsa kepada pekilang-pekilang ini. Mereka memerah keringat petani-petani di zaman melenium ini. Kalau dulu kita bolehlah menerima hakikatnya disebabkan maklumat lambat diterima oleh para petani. Kecanggihan telekomunikasi kini pun tidak mampu memberi kelebihan kepada para petani. Kerajaan membiarkan saja pekilang-pekilang ini memanipulasi harga pagi mengikut kehendak keuntungan mereka.
Harga pagi berbeza dari satu kilang dengan kilang yang lain. Perbezaan ini menyebabkan petani-petani pening dan sukar untuk membuat pilihan untuk penjualan. Desas desus menyatakan bahawa pekilang-pekilang menyerahkan beberapa peratus harga padi kepada Pemandu-pemandu lori untuk mengalakkan padi dibawa dan dijual kepada kilang mereka. Sekiranya apa yang dinyatakan itu benar maka kerajaan perlu menetapkan harga baru semaksimunnya bagi menjaga kebajikan para petani.
Harga padi musim pertama 2008
BERNAS 1 - RM 850.00 /tan metrik
BERNAS 2 - RM 950.00/ tan metrik
KILANG 1 - RM 1,050.00/tan metrik
KILANG 2 - RM 1,100.00/tan metrik
KILANG 3 - RM 1,200.00/tan metrik
Subsidi padi semua kilang sama iaitu RM 248.00 / tan metrik
Bayangkan jika kita mencari beza harga diantara BERNAS 1 dengan KILANG 3.Perbezaannya amat ketara. Pasti kita tidak nafikan bahawa petani menerima kerugian daripada harga padi yang tidak stabil.

Sabtu, 2 Ogos 2008
Salam Perkenalan
Aku adalah anak tani.Dari kecil hingga kini hidupku dikelilingi dengan dunia pertanian. Aku tanam padi. Aku tanam tebu. Aku tanam nanas. Aku tanam rambutan.Aku tanam belimbing. Apa saja pokok yang boleh aku tanam semuanya aku akan tanam. Cuma aku tak tanam pokok popi dan pokok ketum. Bukan apa takut kena tangkap. Kalau kerajaan galak tanam pokok ini akan akan buka ladang. Aku juga seorang pentenak .Aku ternak ayam.Aku ternak itik. Aku ternak kambing. Aku ternak lembu. Cuma babi saja yang belum aku ternak. Bukan aku tak teringin nak ternak babi tetapi aku patuh pada tuhan. Berniaga juga aku lakukan. Aku buka perusahaan telur masin. Aku jual keropok. Aku buat perusahaan acar limau.Pulut udang aku pernah jual.Nasi ayam pernah aku buka. Berniaga orang belum lagi.
Ayah mengusaha tanah sawah dengan menyewa. Disamping itu ayah seorang tukang rumah yang mahir. Boleh di katakan rumah dikampungku ayah dan kawan-kawanya yang buat. Kawan-kawan ayah semua dah meninggal termasuklah ayahku. Aku mewarisi kebolehan ayahku. Aku pernah bekerja sebagai tukang kayu di Woodland Singapura. Setahun aku bekerja di sana. Gaji $18.00 sehari tidak termasuk overtime. Kalau aku buat lebih masa iaitu 2 jam ,aku akan dapat $26.00 sehari. Seronok juga bila dapat duit hasil titik peluh. Masa tu aku masih muda. Belum kahwin. Duit habis beli pakaian berjenama. Kasut adidas ROM. Baju Gran Slam. Seluar LEE atau Levis. Cermin mata Ray-Ban. Hisap rokok Pall Mall atau Winston .Dunhill tak main le. Dulu RM 2.00 hingga RM 3.00 sekotak 20 batang. Sebenarnya aku pun dah lupa.Hari ini aku dah berhenti Susah juga nak berhenti.Lebih kurang 7 tahun aku berhenti merokok semasa catatan ini dibuat. Hidup ini lebih bermakna tanpa rokok. Tak le sampai boleh pergi Mekah.

Langgan:
Ulasan (Atom)