Aku adalah anak tani.Dari kecil hingga kini hidupku dikelilingi dengan dunia pertanian. Aku tanam padi. Aku tanam tebu. Aku tanam nanas. Aku tanam rambutan.Aku tanam belimbing. Apa saja pokok yang boleh aku tanam semuanya aku akan tanam. Cuma aku tak tanam pokok popi dan pokok ketum. Bukan apa takut kena tangkap. Kalau kerajaan galak tanam pokok ini akan akan buka ladang. Aku juga seorang pentenak .Aku ternak ayam.Aku ternak itik. Aku ternak kambing. Aku ternak lembu. Cuma babi saja yang belum aku ternak. Bukan aku tak teringin nak ternak babi tetapi aku patuh pada tuhan. Berniaga juga aku lakukan. Aku buka perusahaan telur masin. Aku jual keropok. Aku buat perusahaan acar limau.Pulut udang aku pernah jual.Nasi ayam pernah aku buka. Berniaga orang belum lagi.
Ayah mengusaha tanah sawah dengan menyewa. Disamping itu ayah seorang tukang rumah yang mahir. Boleh di katakan rumah dikampungku ayah dan kawan-kawanya yang buat. Kawan-kawan ayah semua dah meninggal termasuklah ayahku. Aku mewarisi kebolehan ayahku. Aku pernah bekerja sebagai tukang kayu di Woodland Singapura. Setahun aku bekerja di sana. Gaji $18.00 sehari tidak termasuk overtime. Kalau aku buat lebih masa iaitu 2 jam ,aku akan dapat $26.00 sehari. Seronok juga bila dapat duit hasil titik peluh. Masa tu aku masih muda. Belum kahwin. Duit habis beli pakaian berjenama. Kasut adidas ROM. Baju Gran Slam. Seluar LEE atau Levis. Cermin mata Ray-Ban. Hisap rokok Pall Mall atau Winston .Dunhill tak main le. Dulu RM 2.00 hingga RM 3.00 sekotak 20 batang. Sebenarnya aku pun dah lupa.Hari ini aku dah berhenti Susah juga nak berhenti.Lebih kurang 7 tahun aku berhenti merokok semasa catatan ini dibuat. Hidup ini lebih bermakna tanpa rokok. Tak le sampai boleh pergi Mekah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Wow! Petani! Hebat!!!
Ada gambar-gambar kapung tak? Yalah rindu kadang-kadang nak tengok kehijauan damai! :)
Ya, tanah masaalah bagi petani tapi sewa pun boleh! Nak kena pikir polisi tanah untuk petani, macam na?
Vietnama harga dah turunlah - di sini -
http://www.thestandard.com.hk/breaking_news_detail.asp?id=1449
Moga orang-orang Bernas tu kena sack nanti! Janji Mustapha hujung tahun! Kalau tak sack dia orang seludup lagi!
Hi, bonzer!
Ada berita tentang harga beras di Vietnam!
Sila lihat di SINI !
Tak tau sama ada ini berita baik atau tak bagi you!
"...Thailand to sell 2.1M tons [PLS CLCIK] rice stocks!..."
"...Thailand produced a record 8.8 million tons of paddy in its second crop this year, above a forecast 7.6 million tons..."
Catat Ulasan