Jumaat, 29 Ogos 2008

Adakah Peruntukan Sampai Kepada Para Petani

Bajet 2009

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Elauan pelaburan semula sebanyak 60peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah. Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Kita harap peruntukkan ini akan sampai kepada petani bukan kepada kroni.Kita tidak mahu perkara yang sama berulang apabila di beri baja (organik) kepada petani-petani kualiti baja itu telalu rendah. Musim lepas baja yang diberi mempunyai kandungan sampah sarap dan telah menjejaskan tanaman padi. Ada padi tidak keluar buah disebabkan kandungan di dalam baja itu. Kita tidak mahu pembekal di kalangan kroni-kroni untung besar dengan menipu kandungan dalam baja tersebut dan yang menjadi mangsa ialah petani-petani.Begitu juga racun dan baja yang di impot.Kalau nak naik cukup cepat. Tapi kalau nak turun punyalah lambat.Persatuan pengguna kena memantau memastikan harga diturunkan

1 ulasan:

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

Salam.
Memang peruntukkan akan sampai kepada yang layak namun pak tani yang buat duit lebih.Ada ka patut pi juai samapai RM 20.00 sekampit.