BERNAS dan kilang swasta telah menetapkan harga padi mengikut kepentingan masing-masing.
Kenaikan harga minyak menyebabkan harga beras melonjak naik namun petani-petani tidak dapat menikmati kenaikannya. Petani-petani menjadi mangsa kepada pekilang-pekilang ini. Mereka memerah keringat petani-petani di zaman melenium ini. Kalau dulu kita bolehlah menerima hakikatnya disebabkan maklumat lambat diterima oleh para petani. Kecanggihan telekomunikasi kini pun tidak mampu memberi kelebihan kepada para petani. Kerajaan membiarkan saja pekilang-pekilang ini memanipulasi harga pagi mengikut kehendak keuntungan mereka.
Harga pagi berbeza dari satu kilang dengan kilang yang lain. Perbezaan ini menyebabkan petani-petani pening dan sukar untuk membuat pilihan untuk penjualan. Desas desus menyatakan bahawa pekilang-pekilang menyerahkan beberapa peratus harga padi kepada Pemandu-pemandu lori untuk mengalakkan padi dibawa dan dijual kepada kilang mereka. Sekiranya apa yang dinyatakan itu benar maka kerajaan perlu menetapkan harga baru semaksimunnya bagi menjaga kebajikan para petani.
Harga padi musim pertama 2008
BERNAS 1 - RM 850.00 /tan metrik
BERNAS 2 - RM 950.00/ tan metrik
KILANG 1 - RM 1,050.00/tan metrik
KILANG 2 - RM 1,100.00/tan metrik
KILANG 3 - RM 1,200.00/tan metrik
Subsidi padi semua kilang sama iaitu RM 248.00 / tan metrik
Bayangkan jika kita mencari beza harga diantara BERNAS 1 dengan KILANG 3.Perbezaannya amat ketara. Pasti kita tidak nafikan bahawa petani menerima kerugian daripada harga padi yang tidak stabil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Yang kenyang lagi besaq temolok depa yang jadi kroni depa la....
Catat Ulasan